Nama aku, Nur Shakiera bt Mat Isa. pngil aku Kiera. lahir taon 95. yes !! i'm SPM candidate. wish me gudluck k .. :)

Thursday, 12 January 2012

TibaTiba Rindu Menyerang..:')

saya: jangan datang!
rindu: nakkk jugakkkkk!
saya: jangannn! saya tak suka!
rindu: takk, awak perlukan saya!
saya: saya tak nakk *tapi dengan nada yang semakin kendur dan slow, ada esak di situ*
rindu: kenapa awak tak nak saya?
saya: sebab bila awak ada, saya rasa sedih, sebab awak ingatkan saya pada dia..
rindu: awak kan sayang dia,,
saya: memang saya sayang dia,,
rindu: sebab awak sayang dia lah awak perlukan saya.. kalau awak tak suka saya, maknanya awak tak sayang dia..
saya: tak takkkk, bukan macam tu..
rndu: habis tu, macamana?
saya: sebab… sebab… saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak. awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang.
rindu: awak, awak dengar sini,,>>





“Rindu itu sangat manis bila manusia boleh merasainya, ia datang bila dua manusia berjauhan dan rindu itu melengkapkan rasa sayang yang ada antara mereka...”




Sunday, 8 January 2012

Demam Oh Demam..:'(

selamat tengahari..:(
huhux.. ary nie aku tk pegy skowl.. sdey nyer..
padahal pg td da bgon da smgt nk skowl..
skali da msok bilik aier, nk mndy pon tk larat..
naseb kan ? hm....
knp lah aku demam nie ?awl taon pulak..
aku harap biaqlah nie terakhir dlm taon nie...
tk sggop aku..
saket tekak, batok dan selsema....
TAKTAHAN !!!
demam, tolong jgn serang aku lagi.. 
aku nie nk SPM,, aku tknk ktinggalan subjekk..
sdey doe !! tknk..tknk.. :(
aku harap sok aku da sehat dan bole pegy slowl dan blaja
cam bese.. aku rndu nk blaja..
arghhhh !!

Friday, 6 January 2012

KaliPertamaSaket 2012..:'(

Hye selamat tengah hari..:)
oke.. nampak post aku toe ? aku saket nie.. saket tekan dan selsema.. haaachummm.. !!
ha.. kan da bersin.. huhuk..:'(
naseb lah kan? taon 2012 da saket. kali ptame dalam taon 2012. huhu. sdey nyer..
nasebnaseb.. sdey aku.. haha.. sore aq da tkder.. da ilang langsung.. 
nak makan ubat, tk suka.. da lah selsema, btmbah saket tekak aku bila bersin..
huhu.. nak wt cmner,dugaan..huhu. 
aku ade dgr cter, klw ALLAH bg kita saket,
mknenyer, DIA nak hapuskan DOSADOSA KECIL kita.. mudahmudahan.. AMINN.. 
doakan sy smoga cepat sembuh..:)

Muhammad Ziqriel Haziq..






MUHAMMAD ZIQRIEL HAZIQ


Selamat petang para bloggers..:)
mmg aku nak update blog bykbyk. sbb aku suka bercerita.. nie hobi aku..
klw kau tknk dgr, silakan pergy oke.. aku tak larang.. :)
kali nie aku nak cter pasal seseorang y spcial dalam aty aku.. wahh.. spcial sgt nie. haha..
sbnarnyer aku ngn dy hanya berkawan dan tak lebih...
oke..name dy MUHAMMAD ZIQRIEL HAZIQ.. i'm not sure.. but, y ziqriel toe aku sure. haha.
aku knl dy mlalui fone.. dan tk lupa jugak mlalui AMMAR.. am, klw bace blog
kiera nie, jgn perasan k. haha. ziqriel nie aku knl dy sgt lah baek orgnyer.. tp, dy
nie garang tw. haha. aku egat lagi mulamula aku knl dy, aku ckp ngan dy y aku tk pcaya dy,
dy ckp, "awak nie.. asyk tk pcaye sy jer.. cmner nk bg awk pcaya.." haha. garang kan? firsttime aku jumpa
laki cmnie. tkejot aku dy mara aku. brani dy mara aku. haha. dy sama baya ngn aku. dan kami adalah calon 
SPM bg taon 2012. haha. aku harap kami bjaya. dy duk kat asrama. asrama mane tk sure.
mybe pahang..:). dy byk cerita kisah hidopnyer ngan aku.. begito jugak ngan aku.. 
aku suka kacau dy. pena satu ary dy mcg aku, dy ckp "awak.. jom teman sy makan malam. am 
lambat turun lah. sy da lapar nie." aku balas..."oke.. sy tmankan jer tw. sy tk mkn. sy tgok jer awk makan.."
dy ckp.."knp pulak ? baek tkyah teman.." "sy nak tgok awak makan.." pstoe dy gelak..
dy ckp.." awak jgn wt cmtoe erk. tk senang duduk sy nty.. tersedak sy klw awk asyik tgok sy
makan jer.." haha.. klaka kot dy nie.. but sweet.. cuti skowl nie ade lah jugak kiteowg mcg.., tp tak slalu. aku harap hbgan aku ngan dy akan kekal smpai bilabila.. ziqriel nie seorg y merendah diri dan aku
suka berkawan dgn dy.. jarang btol aku jumpa org cm dy.. tulisan aku kali nie wrna ungu sbb
dy suka warna ungu..:).. kali nie post aku, mmg spcial ntok dy jer..haha. klw nk aku tulis psl  korg baek dulu
ngan aku. haha.. papepon, ZIQRIEL TENGZ CZ BEING MY FRIEND..:)


GOODLUCK FOR YOUR SPM
THIS YEAR..
:'))



Thursday, 5 January 2012

MingguPertama SesiPersekolahan,,:')

Hye blog.. satu mnggu tk update.. kau sehat ? sory lah yer lame tk jengok kau.
aku sbok lah.. mlklum lah..da start skowl kan..:)
kali nie post aku sudah pasty psal PERSEKOLAHAN.. biase lah kan, awalawal skowl, mmg lah 
pnat kan ? tak dinafikan lagy. oke.. taon nie aku SPM.. terasa keNERVOUSan nyer. haha. kali nie aku kat klas, tk duduk ngn kawan2 aku lagi. aku duk blakang skali.. huhu.. sdey ker ? ade lah ckit. duk sorgsorg.
tkpe.. tak kesa.. y pnting bole blaja..tp, susa skit la nk fokus..
duk blakang skali.. cgu ckp pon kdgkdg dgar..kdgkdg tk. huhu.. tp, arynie, aku da dok depan skali..
dekat ngn meja cgu.. hihi. rasa best sgtsgt..:) bole blaja dgn tnang wlaupon
sebelah aku budak india. haha. da lah kuat tdo lak toe. hihi.
klw dy tdo, aku kjot dy. klw nk duk ngn aku, jgn tdo yer.haha..
mula skowl, pgawas lah y pling bz. naseb aku bukan ajk tertinggi.. tp, aku da diamanahkan 
ntok jaga kantin n awasi kantin.. huhu.. naseb lah kan kne jage kantin. aku terima..
mgenai kelas jagaan pulak, huhu.. aku tk tw nk ckp ape.. knp aku kne jaga kelas toe ?
korg tw kan ade sape dalam kls toe?huhu... wlaupon nie tgas smntara,
aku rasa cm btahon..bila aku dapat tw aku kne jaga kls toe, aku tk tw nk ckp ape..
yaALLAH..knp aku kne jaga klz nie ? kuatkan lah hambaMU nie dalam mnmpoh dugaan.. huhu..
mmg aku akui dulu kami ade krisis, dan aku sudah memaafkan mereka..
memaafkan mmg mudah, ttpi dalam lubuk aty aku y pling dalam ade rasa sakitnyer.. :'(
tp, aku terima dgn buka haty..:)
mengenai keje skowl, oke..keje mmg blmbak.. pnat mmg pnat,, tp aku sdar, taon nie aku SPM,,so aku tk ley mrungut.. huhu.. aku kne ciap kn sume hw y cgu bg..
tak dinafikan, aku rasa gementar dan takot.. klw dulu PMR,
esok nk PMR, baru rasa takot.. tp,kali nie, awal taon, da rasa takot. normal kan ?
aku harap sume bjalan lancar taon nie..:)




SPM...2012..:)

* STRAIGHT A'S..:)

Monday, 2 January 2012

PembohonganSeorangIbu..:'(




~Pembohongan seorang ibu~


1. MAKANLAH,IBU TIDAK LAPAR.
Cerita bermula ketika penulis masih kecil.Hidup keluarga mereka serba kekurangan dan semasa makan ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk penulis.Sambil memindahkan nasi ke dalam mangkuknya,ibu berkata,Makanlah nak,ibu tidak lapar.

2. MAKANLAH,IBU TIDAK SUKA MAKAN IKAN.

Ketika penulis mulai besar,ibu sering meluangkan waktu senggangnya pergi memancing di taliair berhampiran rumah untuk dijadikan lauk mereka sekeluarga.Kemudian,ibu akan memasak gulai ikan yang segar itu untuk anak-anaknya.Sewaktu anak-anak makan,ibu akan duduk di samping mereka dan hanya memakan sisa makanan yang menempel di tulang bekas sisa ikan yang dimakan penulis dan adik-beradiknya.Bila penulis menghulurkan ikan kepadanya,ibu berkata…Makanlah nak,ibu tidak suka makan ikan.

3. CEPATLAH TIDUR,IBU BELUM NGANTUK.

Di usia awal remaja penulis,semasa beliau di sekolah menengah,ibu akan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih ke kedai untuk menyara persekolahan penulis adik-beradik.Suatu dinihari,lebih kurang pukul 1.30 pagi penulis terjaga dari tidur dan melihat ibunya sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya.Penulis telah melihat beberapa kali kepala ibu terhangguk kerana mengantuk.Penulis pun berkata,Ibu,tidurlah,esok pagi ibu kena pergi kebun pula.”Ibu tersenyum sambil berkata,…Cepatlah tidur nak,ibu belum mengantuk lagi.

4. MINUMLAH,IBU TIDAK HAUS.

Di hujung musim persekolahan,ibu telah meminta cuti kerja supaya dapat menemani penulis pergi sekolah menduduki peperiksaan.Ibu sabar menunggu di luar dewan dan berpanas.Mulutnya pula terus kumat-kamit mendoakan agar anaknya akan lulus cemerlang.Ketika penulis selesai dengan peperiksaannya,ibu dengancepat menhulurkan air kopi yang disiapkan dalam botol yang dibawanya kepada penulis.Melihat ibunya dibasahi peluh,penulis segera memberikan cawannya kepada ibu.Ibu menolak sambil berkata….Minumlah nak,ibu tidak haus.

5. IBU TIDAK PERLUKAN CINTA DAN LELAKI.

Setelah pemergian ayah kerana sakit,yakni baru beberapa bulan penulis dilahirkan,ibu terpaksa mengambil alih tugas ayah.Melihat kehidupan mereka yang semakin susah,seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran sering datang memberikan ibu bantuan,tetapi ibu sering menolaknya.Jiran-jiran sering menasihati ibu supaya bernikah lagi agar ada orang lelaki yang menjaga dan mencari wang untuk mereka sekeluarga.Tetapi ibu tidak mengendahkan nasihat mereka dan berkata…Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.

6. JANGAN SUSAH-SUSAH,IBU ADA DUIT.

Setelah abang dan kakak penulis bekerja,mereka menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah.Mereka juga sering mengirim duit kepada ibu tetapi ibu telah mengirim balik duit itu kepada mereka ambil berkata..Jangan susah-susah,ibu ada duit.

7. TIDAK PAYAH,IBU TIDAK BIASA.
Setelah tamat pengajian di universiti,penulis telah melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana di luar Negara dan dibiayai oleh sebuah syarikat.setelah mendapat sarjana yang cemerlang,penulis telah bekerja dengan syarikat tersebut.Dengan gaji yang lumayan,penulis berhajat membawa ibu menikmati penghujung hidupnya di luar negara.Tetapi ibu yang baik hati telah menolak kerana tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan berkata…Tak payahlah,ibu tidak biasa tinggal di negara orang.

8. JANGAN MENANGIS,IBU TIDAK SAKIT.

Beberapa tahun berlalu,ibu semakin tua.Suatu malam penulis menerima berita ibu diserang penyakit kanser.Ibu terpaksa dibedah secepat mungkin dan penulis yang berada jauh di seberang samudera,segera pulang menjenguk ibu tercinta.Penulis melihat ibu yang terbaring lemah selepas menjalani pembedahan.Ibu yang kelihatan tua masih mampu menatap wajah penulis penuh kerinduan bersama sebuah senyuman.Penulis dapat melihat betapa siksanya ibu menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya…Penulis menatap wajah ibu sambil berlinangan airmata.Namun ibu tetap tersenyum dan berkata…Jangan menangis nak,ibu tidak sakit.Selepas pengucapan pembohongan kelapan itu,ibu telah pergi mengadap penciptanya.

Sehingga kini penulis diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun beliau mengasihi ibunya,tetapi beliau tidak pernah sekalipun membisikkan kata-kata itu kepada ibunya.


CeritaSedih..SySygMak..:'(





~Mak, Saya Sayang Mak~

Isk.. isk.. isk.. Aku menangis, aku terkedu. Ya Allah, Kau ampunkanlah aku dan cucurilah roh ibuku di kalangan orang yang beriman.

Hamba-Mu ni anak yang derhaka, anak yang tidak mengenang jasa.

Hamba-Mu ini tak tahu menilai intan dan kaca.

Hamba-Mu ni alpa dan asyik dengan keseronokan dunia, bangga dengan diri sendiri, ego...

Kini semuanya tidak berguna lagi, ibuku telah tiada.

Dan aku anak tunggalnya yang diharap-harapkannya gagal memberi kasih sayang dan menjaganya di usia tua..
Oh! Kejamnya hamba-Mu ini...

Aku mengimbau....

"Man, malu mak! Semua kawan-kawan Man mengejek Man. Mereka kata mak Man raksasa, hodoh. Ada satu mata aja."

"Biarlah Man, lama-lama mereka akan penat bercakap. Mereka akan berhenti mengata Man lagi."

"Arghhh... Man tak peduli mak. Mereka sentiasa mengejek Man.

Mak janganlah datang ke sekolah Man lagi. Man malu mak.. Man ada mak yang hodoh, mata satu. Man malu mak!"

Rizman bangun lalu pergi ke biliknya. Dia berazam nak belajar sebaik mungkin dan keluar belajar jauh dari kampungnya.

Ibunya sayu melihat anak tunggal kesayangannya itu. 

Tapi dia tetap bersabar dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan anaknya itu.

Akhirnya Rizman berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke luar negara dalam bidang perubatan.

Dia berjaya menjadi seorang pakar bedah yang berjaya.

Sepanjang tempoh tersebut, dia tak pernah mengirim berita atau melawat ibunya di kampung.

Namun ibunya tetap gembira apabila mengetahui kejayaan anaknya dan sentiasa mendoakan kejayaan untuk anak kesayangannya itu.

Rizman seolah-olah telah melupai ibunya, dia malu kerana maknya bermata satu, hodoh ibarat raksasa.

Ibunya mendapat tahu yang Rizman kini telah bertugas ibu kota.

Anaknya itu kini menjadi doktor pakar di sebuah hospital swasta tersohor di Malaysia.

Anaknya juga telah berkahwin dengan seorang anak Dato' dan mempunyai dua orang cahaya mata - seorang putera dan seorang puteri.

Hati ibunya melonjak-lonjak ingin bertemu dengan anak kesayangannya itu.

Dia bertekad yang dia mesti berjumpa dengan anaknya di ibu kota!

Suatu hari, ibunya menaiki teksi ke ibu kota.

Dia menuju ke rumah anaknya di kawasan elit, kawasan orang-orang berada dan berjaya.

Siapa yang tak kenal anaknya – doktor pakar bedah yang berjaya dan tersohor di Malaysia!

Setiba di banglo anaknya itu, ibunya itu menekan suis loceng rumah di pagar rumah tersebut.

"Keretanya ada, lagipun hari ni hari minggu, pasti anakku ada di rumah," getus ibunya.

Seorang pembantu rumah separuh umur datang dan menanya,

"Mahu apa makcik? Nak jumpa siapa?"

"Makcik nak jumpa dengan anak makcik."

"Anak makcik? Siapa?"

"Dr. Rizman tu anak makcik, anak tunggal makcik."

"Ooo... sekejap makcik ya, nanti saya panggil tuan."

Pembantu rumah tersebut bergegas masuk ke dalam rumah untuk memaklumkan kepada Dr. Rizman.

Sebentar kemudian, Rizman keluar dengan anak sulungnya, Aiman.

"Siapa kau wahai orang tua?"

"Man.. anak mak, intan payung mak, ni mak ni. Mak baru jer sampai dari kampung."

"Mak? Mak aku dah lama tiada. Aku tiada mak yang bermata satu dan hodoh macam kamu ni. Aku orang yang berjaya, takkan mak aku rupa macam ni?"

"Ayah.. Aiman takut ayah. Nenek ni mata satu, macam hantu!"

"Kau dengar tu orang tua, berambus kau dari sini. Jangan kau cuba nak menakutkan anakku ini pula! Berambus! Kau bukan mak aku!"

"Sampai hati kau Man, ni mak ni. Mak yang membesarkan kau dari kecil hingga kau dewasa"

"Arghh.. mak aku dah tiada. Pergi kau dari sini! Jangan ganggu keluarga aku ni wahai orang tua!"

Maknya menangis dan dengan penuh hiba, maknya beredar kerana dia tidak mahu menakutkan cucunya dan menjatuhkan maruah anaknya. Dia melangkah longlai dan hilang di puput bayu...

Malam-malam yang mendatang, Rizman sering bermimpi yang dia dibakar oleh api yang marak menyala.

Api itu seolah-olah takkan padam malah semakin marak menjulang tinggi. Bisa menelan apa saja yang dibakarnya.

Rizman rasa panas yang amat membara dan dia meminta tolong untuk di keluarkan daripada panas api tersebut.

Tiba-tiba dia terdengar satu suara,

"Kau akan kekal dalam api ini selama-lamanya kerana kau telah derhaka kepada ibumu yang melahirkan dan membesarkan kamu. Maka sinilah tempat mu yang paling sesuai sehingga ke akhir masa mu!"

Rizman terkejut dan bingkas bangun dari tidurnya. Dia beristighfar.

Memikirkan mimpinya itu yang masuk kali ini dah hamper tujuh hari berturut-turut dengan mimpi yang sama.

Perasaan sebak tiba-tiba datang melanda dirinya. Dia berasa amat berdosa dengan ibunya.

Rizman bertekad. Dia mesti pergi berjumpa ibunya esok. Mesti!

Setibanya di kampung, rumah ibunya bertutup rapat dan begitu sunyi.

Rizman memberi salam namun tiada siapa yang menjawab.

Tiba-tiba, Fuad; kawan Rizman sewaktu kecil menegur Rizman.

"Hoi anak derhaka! Baru sekarang kau nak balik? Buat apa kau balik, pergilah duduk di bandar sana. Sini kampung, tempat orang susah dan tak bersekolah! Buat apa kau nak balik sini?"

"Aku nak jumpa mak aku. Aku banyak dosa dengan dia. Aku nak memohon maaf dengan dia. Kau nampak mak aku Fuad?"

"Hoh.. dah buat salah senang-senang kau nak minta maaf ya. Kau tahu tak betapa besarnya dosa kita jika kita menderhakai kedua ibu bapa kita? Kau tahu tak?" herdik Fuad.

"Aku dah sedar, aku insaf, aku nak jumpa mak aku. Mana dia Fuad?"

"Kau terlambat Man, dia dah tiada. Baru dua hari lepas dia dah kembali ke rahmatullah"

"Apa?"

Man terjelepuk ke tanah menangisi kematian ibunya. Dia sedar yang dosanya tidak akan dapat diampunkan kerana kesalahannya dengan ibunya itu!

"Sebelum mak kau meninggal, dia ada tinggalkan satu surat kat kau. Nah! Kau pikirlah sendiri."

Man mengambil surat tu dan membaca...

Ke hadapan anak mak yang mak sayangi,

Mak berbangga kerana mak ada anak yang cerdik, pandai dan berjaya. Mak tumpang gembira.
Mak gembira kerana dapat juga melihat cucu mak yang dah besar tu. Mak tahu yang Man juga sangat sayang anak Man tu sama seperti mak menyayangi anak mak.

Mak dulu ada seorang anak. Pada waktu dia kecil-kecil dahulu, anak mak ni kemalangan. Matanya tertusuk dengan ranting kayu. Matanya buta. Mak rasa sangat sedih dan susah hati. Mak rasa seperti hidup mak dah berakhir.

Mak tak sanggup melihat anak mak itu dalam keadaan buta sebelah mata. Nanti kawan-kawannya ejek dia nanti macam mana? Mak tekad. Mak akan menghadiahkan sebelah mata mak kepada anak mak ini supaya dia boleh melihat dunia yang indah ini dan berjaya di masa hadapan.

Mak tak apa. Jika anak mak berjaya maka mak amat gembira kerana anak mak berjaya kerana dia dapat melihat melalui mata mak itu. Biarlah dia melihat dunia. Mak tak kisah tentang pengorbanan mak ini.

Kini segala impian dan harapan mak dah dipenuhi. Mak tetap sayangkan anak mak. Mak ampunkan segala dosa anak mak ini. Mak doakan moga anak mak ini berjaya dunia dan akhirat.

Rizman terkedu. Air matanya pantas mengalir keluar.

Barulah dia sedar, mak yang dia selama ni dia cemuh telah memberikan matanya untuk dia supaya dia boleh berjaya dan melihat dunia.

Sesal yang tiada penghujungnya menyusup masuk ke sanubari Rizman.

"Mak! Ampunkan Rizman mak! Rizman banyak dosa dengan mak! Rizman sayang mak!"jerit Rizman.

*****

Dari Abu Hurairah R.A:

Datang seorang menemui Rasulullah S.A.W dia bertanya, "Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling layak untuk bergaul dengan paling baiknya?" "Ibumu." Baginda S.A.W menjawab. "Kemudian siapa?", "Ibumu", "Kemudian setelahnya siapa?","Ibumu." Untuk kali berikutnya orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" "Ayahmu"jawab Baginda Rasulullah S.A.W.

Berbuat baiklah dengan kedua ibu bapa kita sewaktu hayat mereka kerana keredhaan Allah datang selepas kerdhaan kedua ibubapanya!